Town Planning

Town Planning

Friday 27 September 2013

Esplanade _ Pelan Konsep

ESPLANADE, PENANG.

Pengenalan




Esplanade merupakan kawasan yang sejarah yang diiktiraf dunia iaitu UNESCO. Kawasan menghubungkan jalan utama iaitu Jalan Lebuh Light, Jalan Padang KotaLama dan Jalan Tun Syed Syeh BarakhbahKawasan ini dipiluh untuk men jadikan Esplanade ini sebagai sebuah kawasan rekreasi pinggir laut atau ‘Waterfront Recration’yang mengutamakan kawasan rekreasi sebagai suatu kawasan untuk beristirahat dan beriadah

Lokasi kawasan kajian terletak di George Town iaitu kawasan warisan yang dipelihara dan dijaga rapi serta kawasan warisan yang diiktiraf  dunia iaitu badan UNESCO. Esplanade terletak di kawasan sangat trategi yang mempunyai banyak bangunan serta tempat-tempat bersejarah seperti Fort Cornwallis, City Hall, Town Hall, Padang Kota Lama ,Jalan Lebuh Light, Jalan Padang Kota Lama dan Jalan Tun Syed Syeh Barakhbah. 





Esplanade di dalam kawasan teras yang mempunyai warisan ataupun nilai sejarah yang tinggi . Kawasan teras yang berkeluasan seluas 109.38 hektar . Lokasi Kawasan tempat kajian iaitu Esplanade ini sangat strategi dan mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi.

Tema Kawasan Kajian 




‘Waterfront Recreation’
Ciri-cirinya :
Memfokuskan  pembangunan di tepi pantai iaitu waterfront yang panjang atau persisiran pantai. Persisiran pantai dipelihara dan di  integrasikan dengan aktiviti pasif. Aktiviti reakreasi ini sangat bagus kepada kesihatan kita. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan disokong oleh kawasan yang strategi. Tambahan itu pula Pembangunan ‘Waterfront Rekreationmemfokuskan aspek kebudayaan, hiburan dan pendidikan.
Townscape :
§Landskap berjajar dari segi landskap kejur dan lembut serta penggunaan perabut jalan yang sesuai dengan
§landskap ‘avenue’. 
Komponen atau Aktiviti :
Kemudahan Tempat Rekreasi ,Medan Selera dan
 Institusi Kerajaan.

Kualiti Dan Kebolehgunaan Adalah Penting
Terdapat empat faktor-faktor yang menentukan kejayaan rekreasiruang di bandar raya:
ketersediaan (kawasan dan pengagihan ruang)
kebolehgunaan (penyenggaraan, polisi, peruntukan, keselamatan sosial)
akses (kawasan perkhidmatan, berjalan / berbasikal jarak jauh)
Penggunaan (pengguna dan aktiviti yang dilakukan)

Rekreasi juga menggalakkan rekreasi berkaitan perniagaan Perniagaan seperti restoran dan kafe, kiosk, pelancongansukan air, dan lain-lain juga boleh mendapat manfaat dari segi ekonomi daripada rekreasi di bandar.

Relaxation adalah satu bentuk penting rekreasi .Tempat untuk memenuhi atau bersendirian, bangku atau tempat duduk untuk berehat dan menonton, laluan untuk berjalan kaki, air untuk hubungan dengan alam semula jadi dan pendidikan alam sekitar, dan lain-lain adalah conto rekreasi pasif. Pelbagai ruang dan kegunaan adalah penting untuk menampung semua pengguna taman.

Fungsi Kawasan Rekreasi

Bagi memenuhi keperluan rekreasi penduduk meliputi aktiviti rekreasi, pendidikan, mempromosi kepelbagaian sosio-budaya tempatan serta sokongan terhadap pengukuhan kesihatan individu.

Faedah Rekreasi
Menggalakkan orang ramai untuk hidup gaya hidup sihat
Merangsang kanak-kanak untuk membesar menjadi orang dewasa patut sihat
Menyediakan ruang awam untuk hubungan sosial

Kelebihan Rekreasi

Merupakan pendekatan terkini bagi penyediaan taman-taman awam yang cuba melengkapkan kekurangan taman awam sedia ada :
i. Pengkhususan Aktiviti Rekreasi;
ii. Kepelbagaian Aktiviti Rekreasi;
iii. Kemudahan Rekreasi Untuk Semua Golongan;
iv. Pemuliharaan Kawasan Semulajadi; dan
v. Perancangan Mampan

Kawasan reakriasi ini terletak di berhadapan dengan laut maka dengan itu pemilihan tema 'Waterfront Recreation’ ini sangatlah bersesuai dimana pengguna dan pengunjung taman ini akan  dapat melakukan aktiviti beriadah dan bersiar-siar dan meningkatkan taraf kesihatan dan menjadi seorang yang sentiasa sihat dengan mempunyai daya pemikiran yang matang.

Pembangunan Baru

Memfokuskan  kawasan persisiran pantai ini untuk dijadikan kawasan rekreasi yang berkonsepkan di hadapan air.

Komponen atau Aktiviti :

Kemudahan Tempat Rekreasi ,Medan Selera dan Institusi Kerajaan.

Prinsip Perancangan
ü Adil;
ü Ihsan;
ü Amanah dan Berwibawa;
ü Perpaduan;
ü Berilmu;
ü Hak Individu dan Masyarakat;
ü Kemesraan;
ü Toleransi;
ü Keprihatinan;
ü Bersih dan Indah;
ü Pemeliharaan; dan
ü Penjimatan dan Cekap.


Ciri-ciri Ideal Bagi Pembangunan

i. Bertanggungjawab kepada pengguna
· Hendaklah dapat dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti rekreasi yang menyihatkan, mendidik, merangsang minda dan menggalakkan interaksi sosial yang positif.

ii. Bersepadu
· Penyediaan taman awam ini perlu diintegrasi dengan kawasan perumahan, kawasan perniagaan dan pusat bandar.

iii. Indah dan berfungsi
· Penyediaan landskap yang dirancang, indah dan berfungsi.

iv. Reka bentuk yang seimbang
· Sentuhan yang kreatif dan berinovasi antara ruang elemen-elemen landskap lembut dan landskap kejur




KONSEP 1  ‘GREEN HEALTHY’


DEFINISI ‘GREEN HEALTHY’



Definisi ‘Green Healthy’
     Ini adalah berdasarkan konsep hijau yang memperjelaskan konsep dari segi view iaitu pandangan hijau yang mempunyai beberapa aspek iaitu

Konsep ‘Green Healthy’ ini mempunyai 3 teras utama dalam memfokuskan pelaksanaanya iaitu
i.Jalan
ii.Bangunan
iii.Kawasan Kejiranan

Perincian Konsep

i)   Jalan- reka bentuk jalan khususnya landskap lembut di setiap laluan pejalan kaki dalam memastikan piawaian perabut jalan dan juga landskap lembut. Memperkenalkan peranan pokok-pokok jalan dan tumbuh-tumbuhan dan sumbangan kepada keberkesanan fungsi jalan-jalan berhubung dengan kualiti udara dan iklim bandar.Jalan Padang Kota Lama, Jalan Tun Syed Sheh Barakhbah,Jalan Lebuh Light. Landskap jalan yang menarik dimana lengkap dengan elemen landskap hijau iaitu landskap lembut.Tambahan itu pula konsep ‘Green Healthy’ ini yang mempunyai nilai dalam mengekalkan ciri-ciri estetik dan berfungsi.

ii)  Rekabentuk Bangunan-Meneroka bagaimana prestasi bangunan boleh dipertingkatkan melalui penggunaan unsur-unsur infrastruktur hijau. Fasad bangunan yang mempunyai ciri-ciri warisan yang diiktiraf badan warisan dunia iaitu UNESCO. Seperti City Hall dan Town Hall bangunan yang direka dalam  sesebuah bandar yang mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menyokong suasana warisan.

iii) Kawasan Kejiranan-Fungsi kawasan ruang hijau seperti taman dan pusat rekreasi yang mempunyai peranan yang tersendiri. Elemen kawasan hijau di kawasan kajian adalah Padang Kota Lama, Taman Padang Kota Lama, Kawasan Esplanade yang mempunyai elemen landskap lembut dan landskap kejur yang merupakan kawasan rekreasi di kawasan kajian.

Kebaikan perancangan & hijau
Imej
mewujudkan imej yang hijau dan sihat untuk bandar
Nilai hartanah
peningkatan dalam kawasan hijau
Kualiti Air
penapis pencemaran dan habuk dari udara
Kesihatan
menyediakan peluang untuk bersantai, hubungan sosial dan rekreasi, dan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan
Estetika
mencantikkan jalan-jalan dan kejiranan
Iklim
mengurangkan kesan rumah hijau dengan menyerap CO2
iklim
mengawal suhu melampau melalui naungan dan angin dan humidifies udara, mewujudkan sejuk dan persekitaran yang lebih selesa
• Air larian
menyediakan kemungkinan penahanan air dan mengurangkan air larian puncak
• Biodiversity
menyediakan habitat flora dan fauna di bandar
Penampan
mengurangkan kesan negatif daripada trafik dan industri




TEMA 2   ‘WALKING OASIS’




DEFINISI  ‘WALKING OASIS’
 
     Dengan konsep kedua yang dibuat iaitu ‘Walking Oasis’ yang membawa definisi adalah berjalan-jalan ataupun beriadah ataupun bersiar di tepi pinggir pantai. Dengan tema  ‘Waterfront Recreation’ sangatlah memenuhi konsep ke dua ini dengan menaik taraf dan penambahbaikkan jalan dari segi perabut jalan terutamanya laluan pejalan kaki sesuai dengan tema membangunkan kawasan rekreasi sebagai satu kawasan rekreasi ‘Waterfront’.
   Definisi ‘Oasis’ ini memberikan simbolik pada kawasan ini kerana faktor pembenaanya di pinggir pantai yang membawa makna situasi atau tempat yang dipelihara dari perselisihan sekitar; tempat perlindungan dan tambahan itu pula ia memberi definisiOasisiiaitu tempat keamanan, keselamatan, atau kebahagiaan di tengah-tengah kesibukan atau kebisingan sesuatu kawasan.

   Bertepatan dengan definisi tempat keamanan, keselamatan, atau kebahagiaan di tengah-tengah kesibukan atau kebisingan sesuatu kawasan yang mencerminkan kesibukan kota George Town yang sibuk dengan laluan trafik yang tinggi, masalah kesesakan yang teruk dan kebisingan kawasan dengan bunyian kenderaan bermotor tetapi wujudkan kawasan Esplanade ini dapat memberikan ketengan dan kedamaian bertepatan dengan tema untuk mewujudkan kawasan ‘Waterfront Recreation’.

  ‘Walking Oasis’ ini menerapkan konsep utama kepada reka bentuk laluan pejalan kaki diikuti dengan landskap lembut serta perabut jalan yang sesuai dan jenis penanaman pokok landskap lembut yang sesuai beserta justifikasi jarak yang mengikut piawaian yang telah ditetapkan iaitu landskap pinggiran pantai.


Konsep ‘Walking Oasis’ ini mempunyai 3 teras utama dalam memfokuskan pelaksanaanya iaitu

i.Reka Bentuk Jalan
ii.Reka Bentuk Perabut Jalan

    Jalan meruapkan satu eksesibiliti yang utama yang menghubungkan kawasan kajian ke kawasan kajian yang lain. Dengan utama kajian iaitu ‘Walking Oasis’ ini reka bentuk jalan khususnya pejalan kaki dapat memberikan impak yang positif terhadap kawasan itu sendiri. Konsep ini menfokuskan pada jalan iaitu Jalan Padang Kota Lama, Jalan Tun Syed Sheh Barakhbah Dan Jalan lebuh Light.

  ‘Waterfront Recreation’ Yang memfokuskan pembangunan ‘waterfront’ dengan kawasan rekrasi. George Town yang bertepatan dengan definisi tempat keamanan, keselamatan, atau kebahagiaan di tengah-tengah kesibukan atau kebisingan sesuatu kawasan yang mencerminkan kesibukan.

   ‘Walking Oasis’ ini memfokuskan reka bentuk perabut jalan seperti lalauan pejalan kaki, landskap kejur seperti lampu, tempat duduk, tong sampah dan juga reka bentuknya. Elemen reka bentuk laluan pejalan kaki ini sangat penting kerana susatu kawasan mempunyai kekuatan dan identiti yang tersendiri dalam menggambarkan sesuatu sesebuah kawasan yang didiami.


KONSEP 3 ART  HISTORY’




DEFINISI ART  HISTORY

Konsep ‘Art History’ ini mempunyai 3 teras utama dalam memfokuskan pelaksanaanya iaitu
i.Reka Bentuk Perabut Jalan
ii.Reka Bentuk Bangunan dari segi fasad bangunan

     ‘Waterfront Recreation’ yang memfokuskan pembangunan ‘waterfront’ dengan kawasan rekreasi. George Town yang bertepatan dengan definisi tempat keamanan, keselamatan, atau kebahagiaan di tengah-tengah kesibukan atau kebisingan sesuatu kawasan yang mencerminkan kesibukan. Wujudnya kawasan ini dapat memberikan imej yang menarik dalam sesebuah bandar.

     Jalan meruapkan satu eksesibiliti yang utama yang menghubungkan kawasan kajian ke kawasan kajian yang lain. Dengan konsep ‘Art History ‘ini reka bentuk jalan khususnya pejalan kaki dapat memberikan impak yang positif terhadap kawasan itu sendiri. Konsep ini menfokuskan pada jalan iaitu Jalan Padang Kota Lama, Jalan Tun Syed Sheh Barakhbah Dan Jalan lebuh Light. Perabot jalan yang dimaksudkan adalah  kesinambungan perabut jalan seperti landskap lembut dan landskap kejur memberikan kesinambungan iaitu perhubungan terus kepada bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di kawasan kajian.

     Kawasan kajian mempunyai banyak daya tarikan bersejarah, dengan adanya reka bentuk jalan yang menarik ia akan menghubungkan pusat rekreasi utama  Waterfront Recreation’ ke tempat-tempat bersejarah seperti Town Hall, City Hall, Padang Kota Lama, Esplanade DAN Fort Cornwallis. Kesinambungan antara jalan dan tempat ini makan tercetuslah konsep ‘Art History’.