Sejarah Dan Identiti Bandar Sungai Petani
Sejarah Dan Identiti Bandar Sungai Petani
Nama Bandar ini
diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Pada
zaman dahulu,anak sungai itu dikenali dengan nama Sungai
Bertanding, kononya kerana anak sungai tersebut setanding atau selari dengan
satu anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua anak sungai itu
kira-kira 60 meter.
Nama
‘Petani’ mungkin berkaitan dengan daerah Pattani di Thailand. Pattani lahir
daripada perkataan Sanskrit pathini yang bermaksud ‘perempuan yang suci’.
‘Pathini’ adalah gelaran yang diberikan kepada puteri Merong Maha
Wangsa, puteri yang dikatakan
cantik rupa parasnya dan mulia pekertinya. Puteri itu diangkat menjadi ratu
yang disanjungi oleh penduduk di sana.
Ketika
Kedah dikenali dengan nama Langkasuka,para pedagang selalu berulang-alik antara
Lembah Merbok dan Pattani serta bahagian timur Semenanjung melalaui jalan
darat. Jadi, tidak mustahil jika nama Petani itu dipinjam daripada gelaran ratu
sanjungan tersebut.
Identiti Bandar Sungai Petani
Sungai Petani merupakan Bandar kedua terbesar di
Negeri Kedah Darul Aman. Ianya juga sedang mengalami pertumbuhan pesat dan
banyak diperkatakan tentang kemajuan pembangunan yang dialaminya. Selaras
dengan itu pihak Majlis juga sedang menuju ke arah bandar dalam taman
dengan usaha-usaha untuk mempercantikkan persekitarannya. Pihak Majlis
juga akan memperkenalkan identitinya yang tersendiri yang meliputi bunga,
burung dan pokok.
Bunga Rasmi Bandar
Bunga Kertas atau Bougainvillea mendapat namanya
dari seorang Komamdon Laut Perancis, Louis Antoine de
Bougainvolle yang telah menjelajah seluruh dunia. Kali pertama beliau dan
pasukannya melihat bunga kertas ialah di pantai Amerika Selatan, iaitu
tempat asal bunga kertas.
Bunga
Kertas berasal dari keluarga berasal dari keluarga Nyctaginaceae yang mempunyai
28 genera dan 250 spesis, semuanya terdapat di kawasan tropika. Satu sifat
yang menarik ialah bunga sebenarnya kecil dan berwarna putih-kuning tetapi “bract”
yang disambung dengan bunga adalah besar dan berwarna-warni dan biasanya
disangkakan sebagai ranggi.
Pokok
bunga kertas sejenis pokok tropika yang sangat digemari untuk taman bunga, kebun
bunga dan landskap di lain-lain kawasan kerana bunganya berwarna-warni dan
berkembang sepanjang tahun dalam situasi optimal. Biasanya pada
masa berbunga kebanyakan daunnya luruh dan hanya meninggalkan bunga-bunga
yang kelihatan cantik dan menarik. Pokok tersebut boleh
juga ditanam sebagai pokok renik yang lain dalam pasu bunga, kotak atau
bekas-bekas lain.
Keperluan
persekitaran yang optimal untuk pokok bunga kertas ialah cahaya matahari yang
penuh tanpa naungan. Ada juga berfaedah sekiranya tanah di keliling
pokok dibiarkan kering sebelum air disiram penuh setiap hari untuk
menggalakan pembangunan yang cepat. Di kawasan tropika pokok Bougainville
boleh tumbuh dari paras laut sehingga 1500 meter.
Pokok
bunga kertas kurang tahan dengan tanah yang selalu basah kerana keadaan demikian
akan menyebabkan daun menjadi kuning, gugur dan kurang berbunga. Pada
musim kemarau bunga akan keluar dengan banyak. Ia menyebabkan bunga kertas
sesuai untuk ditanam di negeri-negeri sebelah utara Semenanjung
Malaysia, khasnya Negeri Kedah Darul Aman. Musim kemarau yang panjang
antara bulan Disember sehingga bulan Mac adalah sesuai untuk pembangunan
serentak pada keseluruhan negeri – satu pemandangan istimewa di musim
kemarau.Berbagai jenis bunga kertas boleh dicantumkan pada satu pokok supaya
lebih berwarna-warni dan menarik. Teknik ini sangat digemari oleh peminat dan kebun
komersial.
Pokok Rasmi Bandar
Medang Teja atau dikenali juga dengan nama Kayu Manis Hutan
adalah pokok rasmi Bandar Sungai Petani. Pokok yang nama saintifiknya
‘Cinnamomum Iners’ ini merupakan pokok malar hijau. Pertumbuhannya cepat, 15 –
20 meter tinggi dengan silara yang hampir bulat. Daunnya berwarna hijau
kebiruan. Ia mengeluarkan pucuk muda di penghujuang musim hujan kebiruan. Ia
mengeluarkan pucuk muda di penghujung musim hujan yang diikuti musim kemarau.
Silara kelihatan cantik dengan pucuk muda yang berwarna kemerahan, hijau pucat
sebelum bertukar menjadi hijau apabila matang. Buahnya berwarna hijau,
mempunyai bintik-bintik kecil dan menjadi kehitaman apabila ranum. Ia popular
sebagai pokok teduhan dan hiasan pinggir jalan, kawasan taman, halaman rumah,
sekitar bangunan, teduhan tempat letak kereta dan penghadang.
Burung Rasmi Bandar
Helang
Laut adalah burung yang telah dipilih sebagai burung rasmi Bandar Sungai
Petani. Ia merupakan spesis temapatan yang hidup di pinggir pantai dan sungai
air masin. Makanannya adalah anak-anak ikan yang timbul di permukaan air dan
anak ayam. Kebiasaanya ia membuat sarang di pokok-pokok bakau dan pokok
api-api. Bulu di kepala dan dadanya berwarna putih bersih, sementara bahagian
badan dan ekornya yang berwarna coklat keemasan kelihatan amat cantik di dalam
pancaran matahari. Terdapat beberapa ekor burung Helang Laut yang ditempatkan
di Taman Jubli Perak, Sungai Petani. Nama saintifik bagi Helang Laut ialah ‘Sea
Engle’.
Sumber : Jabatan Perhubungan Awam,MPSP
Nama Bandar ini
diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Pada
zaman dahulu,anak sungai itu dikenali dengan nama Sungai
Bertanding, kononya kerana anak sungai tersebut setanding atau selari dengan
satu anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua anak sungai itu
kira-kira 60 meter.
Identiti Bandar Sungai Petani
Bunga Rasmi Bandar
Bunga Kertas berasal dari keluarga berasal dari keluarga Nyctaginaceae yang mempunyai 28 genera dan 250 spesis, semuanya terdapat di kawasan tropika. Satu sifat yang menarik ialah bunga sebenarnya kecil dan berwarna putih-kuning tetapi “bract” yang disambung dengan bunga adalah besar dan berwarna-warni dan biasanya disangkakan sebagai ranggi.
Pokok Rasmi Bandar
Burung Rasmi Bandar
Sumber : Jabatan Perhubungan Awam,MPSP
No comments:
Post a Comment