Town Planning

Town Planning

Thursday, 7 November 2013

PSA USM 2011


_PSA USM 2011_

                                                        "3D BANGUNAN WARISAN "



Menara Jam Besar, Alor Setar



Menara ini terletak di Jalan Putera. Ia dibina pada tahun 1912 dahulu dan kini berusia lebih kurang 90 tahun. Tiba pada waktu-waktu tertentu, jam ini akan berbunyi. Daripada segi reka bentuknya, terdapat dua unsur yang ditonjolkan di sini iaitu unsur Islam dan Hindu.

Unsur Islam dapat dilihat pada bahagian kubahnya berserta lambang bulan sabit yang biasanya dapat dilihat pada masjid-masjid. Begitu juga ukiran yang terdapat di sekeliling menara ini. Tetapi, kalau diperhatikan pada bahagian bawah menara tersebut, ukirannya melambangkan unsur Hindu, terutamanya pada bahagian pintu masuknya. Tegasnya, rekabentuk menara ini tidak mempunyai pengaruh dari luar. Ia hanya dikembangkan di sekitar pengaruh agama Islam dan Hindu dahulu.

Pembinaan bangunan Jam Besar ini mempunyai kaitan rapat dengan masjid zahir iaitu dari segi peranan dan fungsinya. Ianya memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya bilal yang bertugas di Masjid Zahir bagi menentukan waktu masuknya waktu solat sebelum azan dilaungkan. Dahulunya jam di Menara ini akan berbunyi setiap kali menjelang masuknya waktu solat dan diikuti dengan paluan nobat yang akan dimainkan di Balai Nobat dan sejurus kemudian azan akan dilaungkan dari Masjid Zahir . Sumber dari Oleh: Dato' Haji Wan Shamsuddin b. Mohd. Yusof




Sejarah Balai Besar (Berahman Indera) dan Istana Kuning,Alor Setar, Kedah




Gambar diatas ialah merupakan gambar Balai Besar, Kedah. Balai Besar ini terletak di belakang Kompleks Istana Kota Setar dan menjadi tempat berlangsung Adat Istiadat Perkahwinan, Pertabalan dan menjadi simbol kegemilangan Empayar Islam Benua Siam Kedah.

Sejarah Pembinaan Balai Besar atau Berahman Indera

Balai Besar atau Berahman Indera dibina dalam tahun 1668 masihi oleh tentera-tentera Maharaja Cina Manchu. Mereka ini didatangkan khas atas perintah Maharaja Cina Dinasti Manchu dan ditempatkan di Pekan Cina berhampiran dengan jeti lama di Alor Setar. Pekerja-pekerja Melayu pula ditempatkan di Pekan Melayu. Titah perentah untuk membina Berahman Indera ini diberikan oleh Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah Melaka, Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah ketika itu. Bukan itu saja, baginda turut menitahkan pembinaan Balai Nobat dan Istana Kuning.

Sejarah Pembinaan Istana Kuning.

Istana Kuning dahulunya dikenali sebagai Istana Kota Setar. Kemudiannya pada tahun 1904 Istana ini dikenali sebagai Istana Pelamin. Di Istana ini lah menjadi saksi berlangsungnya upacara perkahwinan secara gilang gemilang selama 90 hari 90 malam diantara putera puteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Istana ini diisytiharkan sebagai Muzium Diraja Negeri Kedah pada 25 Julai 1983 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Pada hari ini Istana ini dijadikan Pejabat bagi Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK). Sememangnya masih banyak lagi yang belum diketahui tentang sejarah Kesultanan Kedah dan kegemilangan Empayar Islam Benua Siam Kedah yang pada dahulunya Empayar ini mempunyai 15 buah Istana di seluruh Negara Kedah seperti Istana Raja Iskandar Zulkarnain di Pulau Tiga, Sungai Merbok dimana Istana ini dibakar dan abu nya di buang ke dalam sungai dan Istana Kota Meng Kuang yang terletak di  Mukim Wang Tepus, Kubang Pasu, Kedah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Syuhadah yang memperjuangkan Islam ketika zaman kegemilangan Empayar Islam Benua Siam Kedah. Al -Fatihah

Tempat pertama pertandingan 3D Bangunan Warisan adalah POLIMAS dan saya adalah selaku presenter. Alhamdulillah.




LAMPIRAN:-


























No comments:

Post a Comment