BANJIR KUANTAN 2013
KUANTAN: Air pasang bukan penyebab berlakunya banjir
teruk di Kuantan tahun ini.
Sebaliknya ia terjadi disebabkan pertambahan jumlah penduduk yang membawa kepada pembangunan infrastruktur.
Sebaliknya ia terjadi disebabkan pertambahan jumlah penduduk yang membawa kepada pembangunan infrastruktur.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber
Alam Universiti Malaysia Pahang (UMP) Mohamad Idris Ali berkata, air hujan
tidak mengalir secara semulajadi disebabkan oleh pembangunan.
“Faktor pertama adalah iklim memandangkan daerah
Kuantsan menghadap Laut China Selatan dan ini sangat dipengaruhi faktor monsun
timur laut. Tetapi curahan hujan yang lebat bukan satu-satunya faktor
menyebabkan banjir di Kuantan, terutama di kawasan Bukit Rangin dan Sungai
Isap.
“Pertambahan jumlah penduduk di Kuantan semakin
meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya pembangunan secara meluas
sehingga menyebabkan kawasan yang pada asalnya berfungsi sebagai tempat air
berkumpul secara semulajadi ditambak bagi dijadikan tempat kediaman. Jadi
inilah sebabnya bertambah jumlah mangsa banjir,” kata Idris.
Tambahnya pergerakan atau proses hidrologi dalam
lembangan juga merupakan punca berlakunya banjir di Kuantan selain pembangunan
jalan raya baru yang ditambak tinggi daripada paras asal.
Selain itu, pertembungan antara aliran air
daripada lembangan menuju ke laut berlaku serentak dengan fenomena air pasang
penuh.
“Aras air dari laut tinggi. Jadi air dari
kawasan lembangan tidak boleh keluar dengan semulajadi akibat dihalang oleh air
pasang. Bukannya air pasang menyebabkan banjir. Yang menyebabkan banjir adalah
pergerakan atau proses hidrologi dalam lembangan dimana pergerakan air melalui
perubahan disebabkan pembangunan,” tambahnya.
Sumber : Berita mula diterbitkan pada: Disember 07, 2013 19:37 (MYT),
Astro Awani Disember 2013.
Ulasan
:
Disini betapa
pentingnya perancangan sesuatu kawasan itu dibuat dari segi infratruktur jalan
dan saliran. Sistem saliran yang tidak sistematik juga merupakan salah satu faktor
dalam menyumbang kepada masalah banjir. Pembangunan yang tidak terancang akan
mendatangkan masalah kepada masyarakat. Masalah penambakan kawasan yang
digunakan untuk takungan air ditambak dan implikasinya adalah banjir besar di Kuantan. Saya berharap kawasan ini
perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa tempatan dalam menangani masalah
banjir kerana ia berlaku di Bandar Kuantan yang merupakan pusat tumpuan orang
ramai.
No comments:
Post a Comment