Town Planning
Saturday, 23 November 2013
Friday, 22 November 2013
KOMUNITI BERPAGAR DAN KEJIRANAN BERPENGAWAL
KOMUNITI BERPAGAR DAN KEJIRANAN BERPENGAWAL
1. TUJUAN
Garis
panduan ini disediakan bagi membantu pihak berkuasa negeri (PBN), pihak
berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi teknikal di dalam merancang dan
mengawal pembangunan perumahan berkonsepkan ‘gated community’ (GC) dan ‘guarded
neighbourhood’ (GN). Garis panduan ini juga memberi panduan asas kepada pemaju
dan persatua penduduk di dalam membangunkan skim ‘gated community’ dan
menubuhkan skim ‘guarded neighbourhood’.
2. LATARBELAKANG
2.1
Perkembangan Pembangunan ‘Gated Community’ dan ‘Guarded Neighbourhood’ Keperluan
untuk mendapatkan tahap keselamatan yang lebih baik telah menarik penduduk,
khususnya di kawasan Bandar untuk memilih skim-skim kediaman yang menawarkan
sistem kawalan keselamatan secara berpagar (gated) dan berpengawal (guarded).
Selain
daripada skim-skim kediaman berbilang tingkat (high-rise) berhakmilik strata, pembangunan
hartanah kediaman bertanah (landed property) yang memperkenalkan konsep ‘gated and
guarded community’ turut dan mula menjadi pilihan dan tarikan penduduk. Pembangunan
skim kediaman ini semakin berkembang dan menjadi suatu fenomena dalam industri
perumahan negara. Skim ‘gated and guarded community’ berkembang pesat
terutamanya di kawasan Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor
Bahru.
Keadaan ini telah membawa kepada pindaan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
pada tahun 2007. Peruntukan subseksyen 6(1A) Akta 318 membenarkan skim kediaman
bertanah (landed) yang dibina di atas satu lot utama (master title) dibuat
pecahan kepada petak-petak tanah kecil (land parcel) dengan pegangan tanah secara
hakmilik strata.
Melalui
pegangan hakmilik strata, ia membolehkan keseluruhan skim pembangunan diurus dan
diselenggara oleh pemilik melalui perbadanan pengurusan yang dilantik. Sebagaimana
skim kediaman berbilang tingkat, kediaman bertanah berhakmilik strata (landed
strata) dilengkapi dengan kemudahan harta bersama dan pagar yang mengelilingi
keseluruhan sempadan lot utama.
Kewujudan
pagar bagi tujuan pengawalan keselamatan penghuni menjadikan skim ini dikenali
sebagai ‘gated community scheme’ (GACOS). Selain daripada kewujudan skim gated community
(GC) yang pada asasnya selari dengan peruntukan Akta 318, skimskim kejiranan
berpengawal (guarded neighbourhood) juga terbentuk di kawasankawasan kediaman
sedia ada dan kawasan kediaman baru sama ada di kawasan bandar mahupun di
pinggir bandar.
Kewujudan skim guarded neighbourhood (GN) secara
‘ad-hoc’ tanpa kawalan dan pemantauan telah menimbulkan pelbagai masalah kepada
komuniti setempat dan penduduk sekitar. Pembinaan pondok pengawal di pintu
masuk, pemasangan halangan dalam bentuk sekatan manual dan ‘automated boom
gate’ di laluan jalanraya awam, pembinaan ‘perimeter fencing’ dalam bentuk
tembok atau ‘chain link’ serta keperluan pihak awam menyerahkan dokumen
pengenalan diri seperti kad pengenalan atau lessen memandu kepada pengawal
keselamatan adalah Antara permasalahan yang timbul akibat daripada terbentuknya
skim-skim GN. Memandangkan pertumbuhan skim ‘gated community’ dan ‘guarded
neighbourhood’ terus berleluasa, maka penggubalan satu garis panduan
perancangan adalah perlu. Langkah ini akan membantu proses pertimbangan
permohonan skim GC dan penguatkuasaan skim GN oleh PBT.
2.2 Definisi ‘Gated Community’ GC boleh
didefinisikan sebagai suatu kumpulan penduduk atau komuniti yang tinggal di
kawasan berpagar dan berpengawal sama ada di kawasan bangunan kediaman
berbilang tingkat (high-rise property) seperti pangsapuri, kondominium dan
‘town-house’ atau di kawasan kediaman bertanah (landed property) seperti
banglo, teres dan rumah berkembar.
Walau bagaimanapun, tafsiran ‘gated community’
lebih tertumpu kepada kumpulan penduduk atau komuniti yang tinggal di kawasan
kediaman bertanah berhakmilik strata. Secara umum, ia merupakan satu skim kediaman
tertutup dengan tembok/ pagar mengelilingi keseluruhan kawasan kediaman,
mempunyai akses keluar-masuk yang terhad dan terkawal serta mempunyai kemudahan
harta bersama (common property). Skim GC boleh diklasifikasikan berdasarkan
ciri-ciri berikut:
i. Pembangunan hartanah kediaman
bertanah (landed) yang meliputi rumah banglo, berkembar, teres dan sebagainya
yang dibangunkan di atas satu lot tanah utama dengan pecahan kepada petak tanah
(land parcel) kecil dengan pemilikan tanah secara hakmilik strata.
ii. Pembangunan yang eksklusif dikelilingi
oleh pagar atau tembok yang dijadikan sempadan dengan kawasan pembangunan atau
kediaman bersebelahan.
iii. Mempunyai akses keluar-masuk
yang terhad dan sistem kawalan keselamatan 24 jam sama ada menggunakan pengawal
keselamatan atau penggunaan CCTV atau keduaduanya.
iv. Mempunyai beberapa komponen
kemudahan harta bersama seperti rumah kelab, kolam renang dan kawasan
rekreasi/taman permainan yang hanya boleh digunakan oleh penghuni skim berkenaan.
v. Mempunyai sistem pengurusan dan penyelenggaraan
sendiri yang diselia oleh badan pengurusan (management corporation) yang
dilantik oleh penghuni selaras dengan peruntukan Akta Bangunan dan Harta
Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).
2.3 Definisi ‘Guarded Neighbourhood’
GN
boleh didefinisikan sebagai satu kawasan kediaman terkawal secara keseluruhan
atau sebahagian di dalam skim-skim perumahan sedia ada atau baru yang pegangan
tanahnya berhakmilik individu (individual land title). Skim GN menyediakan
perkhidmatan kawalan keselamatan sama ada dengan atau tanpa pondok pengawal.
Dari segi undang-undang, ia tidak boleh mempunyai halangan fizikal di atas
jalan awam dan menguatkuasakan sebarang sekatan keluar-masuk kepada penghuni
dan orang ramai.
Kewujudan
GN adalah tidak berdasarkan kepada peruntukan mana-mana undangundang atau
peraturan. Ia hanya wujud secara ‘ad-hoc’ berdasarkan persetujuan penghuni-penghuni
di sesebuah kawasan kejiranan untuk menjadikan kejiranan mereka sebagai kawasan
berpengawal (guarded).
2.4 Isu-Isu Pembangunan ‘Gated
Community’
dan ‘Guarded Neighbourhood’ Terdapat beberapa isu perancangan yang sering
ditimbulkan berkaitan dengan pembangunan skim GC dan dan skim GN.
Antaranya
ialah:
i.
Kewujudan
skim GC dan skim GN boleh memberi implikasi negative kepada pengasingan
kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial penduduk khususnya di Antara
penghuni yang tinggal di kawasan berpagar dengan penghuni yang tinggal di
kawasan kediaman biasa.
ii.
Pembinaan pondok pengawal yang tidak
terancang, pemasangan sekatan dan halangan fizikal serta keperluan menyerah
dokumen pengenalan diri secara tidak sah, khususnya di kawasan GN boleh
menghalang daya aksessibiliti dan menimbulkan kesukaran kepada pihak berkuasa dan
orang ramai untuk keluar-masuk ke skim-skim kediaman.
iii.
Rekabentuk,
ketinggian dan saiz pagar yang dibina, khususnya di sekeliling kawasan skim GC
telah menghalang pandangan (permeability) daripada luar. Keadaan ini
menyukarkan pemantauan keselamatan serta mencacatkan pemandangan dan estetika
keseluruhan kawasan pemajuan.
3. SKOP GARIS PANDUAN
Skop
utama garis panduan ini adalah tertumpu kepada pembangunan skim ‘gated
community’ yang dimajukan mengikut Akta 318. Ia meliputi penjelasan tentang prinsip-prinsip
perancangan yang perlu dicapai serta garis panduan-garis panduan umum dan
khusus dari aspek perancangan fizikal, undang-undang serta keperluan sosial
yang perlu dipatuhi bagi memastikan pembangunan GC tidak menimbulkan masalah
dalam tempoh jangka panjang.
Garis
panduan ini juga menggariskan langkah-langkah kawalan serta syaratsyarat bagi
memandu persatuan penduduk di kawasan kejiranan sedia ada dan baru dalam
menubuhkan GN dan membantu PBT memantau dan mengawal selia penubuhan dan
operasi skim-skim GN.
4. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN
Pembangunan
skim GC perlu mengambil kira dan memberi perhatian kepada aspek keselamatan,
keselesaan, kebersihan, kejiranan dan pembentukan komuniti mampan sebagaimana
berikut:
i.
Persekitaran tempat tinggal yang
selamat, kondusif dan selesa .Pembangunan GC perlu menyediakan ruang
persekitaran yang selamat daripada sebarang pencerobohan fizikal serta unsur-unsur
jenayah. GC perlu memberi peluang kepada penghuni untuk menikmati kehidupan ‘privacy’
serta bebas dari kacau ganggu.
Kemudahan Pengawal Keselamatan Untuk Menjamin Keselamatan Penghuni.
Kemudahan Pengawal Keselamatan Untuk Menjamin Keselamatan Penghuni.
ii.
Pengagihan kemudahan secara adil
kemudahan awam yang berkualiti haruslah diletakkan di lokasi yang bersesuaian
agar dapat dikongsi oleh semua penduduk dalam komuniti.
Kemudahan Yang Lebih Selesa Kepada Penghuni
Kemudahan Yang Lebih Selesa Kepada Penghuni
Kemudahan Yang Lebih Selesa Kepada Penghuni
iii.
Budaya kebersihan dan mencintai
keindahan. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat
memberikan keselesaan dan keharmonian kepada seluruh penduduk dalam komuniti.
iv.
Menggalakkan kemesraan dan interaksi
sosial. Menyediakan kemudahan-kemudahan yang menggalakkan berlakunya interaksi
positif antara masyarakat dalam kawasan GC seperti penyediaan taman permainan
kanak-kanak, rumah kelab dan sebagainya.
Kemudahan Rumah Club seperti Swimming Pool Untuk PenghuniThursday, 21 November 2013
SUNGAI PETANI
Sejarah Dan Identiti Bandar Sungai Petani
Sejarah Dan Identiti Bandar Sungai Petani
Nama Bandar ini
diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Pada
zaman dahulu,anak sungai itu dikenali dengan nama Sungai
Bertanding, kononya kerana anak sungai tersebut setanding atau selari dengan
satu anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua anak sungai itu
kira-kira 60 meter.
Nama
‘Petani’ mungkin berkaitan dengan daerah Pattani di Thailand. Pattani lahir
daripada perkataan Sanskrit pathini yang bermaksud ‘perempuan yang suci’.
‘Pathini’ adalah gelaran yang diberikan kepada puteri Merong Maha
Wangsa, puteri yang dikatakan
cantik rupa parasnya dan mulia pekertinya. Puteri itu diangkat menjadi ratu
yang disanjungi oleh penduduk di sana.
Ketika
Kedah dikenali dengan nama Langkasuka,para pedagang selalu berulang-alik antara
Lembah Merbok dan Pattani serta bahagian timur Semenanjung melalaui jalan
darat. Jadi, tidak mustahil jika nama Petani itu dipinjam daripada gelaran ratu
sanjungan tersebut.
Identiti Bandar Sungai Petani
Sungai Petani merupakan Bandar kedua terbesar di
Negeri Kedah Darul Aman. Ianya juga sedang mengalami pertumbuhan pesat dan
banyak diperkatakan tentang kemajuan pembangunan yang dialaminya. Selaras
dengan itu pihak Majlis juga sedang menuju ke arah bandar dalam taman
dengan usaha-usaha untuk mempercantikkan persekitarannya. Pihak Majlis
juga akan memperkenalkan identitinya yang tersendiri yang meliputi bunga,
burung dan pokok.
Bunga Rasmi Bandar
Bunga Kertas atau Bougainvillea mendapat namanya
dari seorang Komamdon Laut Perancis, Louis Antoine de
Bougainvolle yang telah menjelajah seluruh dunia. Kali pertama beliau dan
pasukannya melihat bunga kertas ialah di pantai Amerika Selatan, iaitu
tempat asal bunga kertas.
Bunga
Kertas berasal dari keluarga berasal dari keluarga Nyctaginaceae yang mempunyai
28 genera dan 250 spesis, semuanya terdapat di kawasan tropika. Satu sifat
yang menarik ialah bunga sebenarnya kecil dan berwarna putih-kuning tetapi “bract”
yang disambung dengan bunga adalah besar dan berwarna-warni dan biasanya
disangkakan sebagai ranggi.
Pokok
bunga kertas sejenis pokok tropika yang sangat digemari untuk taman bunga, kebun
bunga dan landskap di lain-lain kawasan kerana bunganya berwarna-warni dan
berkembang sepanjang tahun dalam situasi optimal. Biasanya pada
masa berbunga kebanyakan daunnya luruh dan hanya meninggalkan bunga-bunga
yang kelihatan cantik dan menarik. Pokok tersebut boleh
juga ditanam sebagai pokok renik yang lain dalam pasu bunga, kotak atau
bekas-bekas lain.
Keperluan
persekitaran yang optimal untuk pokok bunga kertas ialah cahaya matahari yang
penuh tanpa naungan. Ada juga berfaedah sekiranya tanah di keliling
pokok dibiarkan kering sebelum air disiram penuh setiap hari untuk
menggalakan pembangunan yang cepat. Di kawasan tropika pokok Bougainville
boleh tumbuh dari paras laut sehingga 1500 meter.
Pokok
bunga kertas kurang tahan dengan tanah yang selalu basah kerana keadaan demikian
akan menyebabkan daun menjadi kuning, gugur dan kurang berbunga. Pada
musim kemarau bunga akan keluar dengan banyak. Ia menyebabkan bunga kertas
sesuai untuk ditanam di negeri-negeri sebelah utara Semenanjung
Malaysia, khasnya Negeri Kedah Darul Aman. Musim kemarau yang panjang
antara bulan Disember sehingga bulan Mac adalah sesuai untuk pembangunan
serentak pada keseluruhan negeri – satu pemandangan istimewa di musim
kemarau.Berbagai jenis bunga kertas boleh dicantumkan pada satu pokok supaya
lebih berwarna-warni dan menarik. Teknik ini sangat digemari oleh peminat dan kebun
komersial.
Pokok Rasmi Bandar
Medang Teja atau dikenali juga dengan nama Kayu Manis Hutan
adalah pokok rasmi Bandar Sungai Petani. Pokok yang nama saintifiknya
‘Cinnamomum Iners’ ini merupakan pokok malar hijau. Pertumbuhannya cepat, 15 –
20 meter tinggi dengan silara yang hampir bulat. Daunnya berwarna hijau
kebiruan. Ia mengeluarkan pucuk muda di penghujuang musim hujan kebiruan. Ia
mengeluarkan pucuk muda di penghujung musim hujan yang diikuti musim kemarau.
Silara kelihatan cantik dengan pucuk muda yang berwarna kemerahan, hijau pucat
sebelum bertukar menjadi hijau apabila matang. Buahnya berwarna hijau,
mempunyai bintik-bintik kecil dan menjadi kehitaman apabila ranum. Ia popular
sebagai pokok teduhan dan hiasan pinggir jalan, kawasan taman, halaman rumah,
sekitar bangunan, teduhan tempat letak kereta dan penghadang.
Burung Rasmi Bandar
Helang
Laut adalah burung yang telah dipilih sebagai burung rasmi Bandar Sungai
Petani. Ia merupakan spesis temapatan yang hidup di pinggir pantai dan sungai
air masin. Makanannya adalah anak-anak ikan yang timbul di permukaan air dan
anak ayam. Kebiasaanya ia membuat sarang di pokok-pokok bakau dan pokok
api-api. Bulu di kepala dan dadanya berwarna putih bersih, sementara bahagian
badan dan ekornya yang berwarna coklat keemasan kelihatan amat cantik di dalam
pancaran matahari. Terdapat beberapa ekor burung Helang Laut yang ditempatkan
di Taman Jubli Perak, Sungai Petani. Nama saintifik bagi Helang Laut ialah ‘Sea
Engle’.
Sumber : Jabatan Perhubungan Awam,MPSP
Nama Bandar ini
diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Pada
zaman dahulu,anak sungai itu dikenali dengan nama Sungai
Bertanding, kononya kerana anak sungai tersebut setanding atau selari dengan
satu anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua anak sungai itu
kira-kira 60 meter.
Identiti Bandar Sungai Petani
Bunga Rasmi Bandar
Bunga Kertas berasal dari keluarga berasal dari keluarga Nyctaginaceae yang mempunyai 28 genera dan 250 spesis, semuanya terdapat di kawasan tropika. Satu sifat yang menarik ialah bunga sebenarnya kecil dan berwarna putih-kuning tetapi “bract” yang disambung dengan bunga adalah besar dan berwarna-warni dan biasanya disangkakan sebagai ranggi.
Pokok Rasmi Bandar
Burung Rasmi Bandar
Sumber : Jabatan Perhubungan Awam,MPSP
Monday, 18 November 2013
GATED HOUSING
GATED HOUSING AT RESIDENCE@SOUTHBAY
1.0
Introduction
Residence@Southbay located in the Jalan
Batu Maung district in Penang. Residence@Southbay Located at the new
landmark known as Southbay City, Southbay Residence comprises 3-storey
lifestyle superlink. Penang’s 1st gated and guarded Superlink Home with a
dedicated clubhouse surrounded by lush
landscapes of tropical gardens for the enjoyment of residents.
Residence@Southbay comprises 3-storey
lifestyle superlink homes with large built-ups. A resort style clubhouse,
recreational and community facilities will be built for the enjoyment of
residents. This is Penang’s 1st gated and guarded Superlink Home with a
dedicated clubhouse surrounded by lush landscapes of tropical gardens. Homes
that invite you to a world with a luxurious difference - Residence@Southbay.
Created to reflect an island resort, this enclave lets you enjoy the abundant
beauty of its natural setting.
2.0 Background And Information
3.0 Objectives of Study
i. To study concepts that have
been made by the developer,
ii. To evaluate concepts that have
been made by the developer,
iii. To study the elements that
support the concept of 'Gated And Guarded Enclave'.
4.0 Area Of Study
5.0 Concept
Residence@Southbay with the
concept“Gated and Guarded Enclave”.
Developers Mah Sing Group try to bring the concept to the buyer stepping into
the pocket Residence@Southbay and change your world. A
resort home development that invites you to slow down and enjoy the
abundant beauty of its natural setting. With state-of-the-artsecurity,
Residence@ Southbay upholds your privacy and safety.
Developer Mah Sing Group said, Residence@Southbay is hidden
in a quiet corner of the bustling Penang Island lie homes that invite you to a
world with a luxurious difference - Residence@Southbay. Created to reflect an
island resort, this enclave lets you enjoy the abundant beauty of its natural
setting with state-of-the-art security that upholds your privacy and safety.The
triple-storey homes are well-crafted to allow in the lush outdoors while giving
a sense of spaciousness that enhances living comforts.
Private Clubhouse. The 1st of its kind
in a gated and guarded development – the private “clubhouse” affords a place to
relax, mingle or entertain guests. Your wellbeing is taken care of with the
availability of a modern gym, swimming pools, and other lifestyle offerings of
a perfect modern resort home.
5.1
The Definition Of The Concept
Gated
: The gated residence were the walled neighbourhoods for renters. Gated communities combine common
property like sport and recreation facilities and all kind of infrastructures,
and commonly shared services like security and garden personnel with the
individual private property of the residents , source The Fortification of Living
Space by Eike Christian Meuter.
Guarded : Means areas controlled by security guards to ensure the
safety of inmates and privacy control. residential area may also employ
security staff CCTV (closed circuit television) systems to monitor access, source The Fortification of Living
Space by Eike Christian Meuter.
Enclave : An area of a country, region or city that is
occupied by people ethnically or culturally distinct from their neighbor, soucre : Problems and Prospectsby Stroma
Cole, Nigel Morgan
5.2 The Element Of The Concept.
The element of the concept
have 3 :
1. Luxurious Residences.
2. State of The Art Security. Privacy and safety
residences
3. Perfect Lifestyle : to create a clear
definition of living, and living well
6.0 Evaluation Of Concept
i) Gated :
Gated : The gated residence were the
walled neighbourhoods for renters. Gated
communities combine common property like sport and recreation facilities and
all kind of infrastructures, and commonly shared services like security and
garden personnel with the individual private property of the residents , source
The Fortification of Living Space by Eike Christian Meuter.
From the definition, the evaluation
of concept gated is apply in the Southbay@Residence. For the imformation ,
Southbay@Residence is the first gated residence at Batu Maung that contains 288
unit 3 Storey Superlink Homes. From the layout at figure 10.0 the layout of
study area of residence at Southbay@Residence, the area is gated area. So that,
the concept of gated is apply is study area. In the gated communities at study
area combine common property like sport, recreation facilities, swimming pool
with wading, gymnasium, community hall, reading hall at private club house and all
kind of infrastructures, and commonly shared services like security that
conduct at the entrance of Southbay@Residence.
ii ) Guarded
Guarded : Means areas controlled by
security guards to ensure the safety of inmates and privacy control.
residential area may also employ security staff CCTV (closed circuit
television) systems to monitor access, source The Fortification of Living Space
by Eike Christian Meuter.
From the layout at figure 10.0 the
layout of study area of residence at Southbay@Residence, the area is guarded
area that controlling by the security guard at entrance of
Southbay@Residence and 24 hour cctv.
Besides that, the study area have guardhouse with a boom gate, 24 hour patrol
service, 6ft. high perimeter fencing and also have smart home features with
alarm for individual home.
If the people want come or visit the residence
area, the security guard will take the my card and also car license to come into the residence except the
owner of the house. Its for more privacy and security for tenant.
iii) Enclave
Enclave : An
area of a country, region or city that is occupied by people ethnically or
culturally distinct from their neighbor, soucre : Problems and Prospectsby
Stroma Cole, Nigel Morgan.
From the layout at figure 11.0 the landuse
of study area of residence at Southbay@Residence, the area is enclave that
means the only 1 area thats means Southbay@Residence is occupied by people ethnically or culturally
distinct from their neighbor. From the
layout, we can see the housing area that have gated and guarded area compare to
housing besides the study area is Taman
Desa Batu Maung, Taman Sri Indah, Taman
Ipeng and Taman Muhibbah. From the layout, the concept of enclave in apply in
this concept.
Thursday, 7 November 2013
PSA USM 2011
_PSA USM 2011_
"3D BANGUNAN WARISAN "
Menara
Jam Besar, Alor Setar
Menara ini terletak di
Jalan Putera. Ia dibina pada tahun 1912 dahulu dan kini berusia lebih kurang 90
tahun. Tiba pada waktu-waktu tertentu, jam ini akan berbunyi. Daripada segi
reka bentuknya, terdapat dua unsur yang ditonjolkan di sini iaitu unsur Islam
dan Hindu.
Unsur Islam dapat
dilihat pada bahagian kubahnya berserta lambang bulan sabit yang biasanya dapat
dilihat pada masjid-masjid. Begitu juga ukiran yang terdapat di sekeliling
menara ini. Tetapi, kalau diperhatikan pada bahagian bawah menara tersebut,
ukirannya melambangkan unsur Hindu, terutamanya pada bahagian pintu masuknya.
Tegasnya, rekabentuk menara ini tidak mempunyai pengaruh dari luar. Ia hanya
dikembangkan di sekitar pengaruh agama Islam dan Hindu dahulu.
Pembinaan bangunan Jam
Besar ini mempunyai kaitan rapat dengan masjid zahir iaitu dari segi peranan
dan fungsinya. Ianya memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya bilal
yang bertugas di Masjid Zahir bagi menentukan waktu masuknya waktu solat sebelum
azan dilaungkan. Dahulunya jam di Menara ini akan berbunyi setiap kali
menjelang masuknya waktu solat dan diikuti dengan paluan nobat yang akan
dimainkan di Balai Nobat dan sejurus kemudian azan akan dilaungkan dari Masjid
Zahir . Sumber dari Oleh: Dato' Haji Wan Shamsuddin b. Mohd. Yusof
Sejarah
Balai Besar (Berahman Indera) dan Istana Kuning,Alor Setar, Kedah
Gambar diatas ialah
merupakan gambar Balai Besar, Kedah. Balai Besar ini terletak di belakang
Kompleks Istana Kota Setar dan menjadi tempat berlangsung Adat Istiadat
Perkahwinan, Pertabalan dan menjadi simbol kegemilangan Empayar Islam Benua
Siam Kedah.
Sejarah
Pembinaan Balai Besar atau Berahman Indera
Balai Besar atau Berahman Indera dibina
dalam tahun 1668 masihi oleh tentera-tentera Maharaja Cina Manchu. Mereka ini
didatangkan khas atas perintah Maharaja Cina Dinasti Manchu dan ditempatkan di
Pekan Cina berhampiran dengan jeti lama di Alor Setar. Pekerja-pekerja Melayu
pula ditempatkan di Pekan Melayu. Titah perentah untuk membina Berahman Indera
ini diberikan oleh Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah
Melaka, Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah ketika itu. Bukan itu saja,
baginda turut menitahkan pembinaan Balai Nobat dan Istana Kuning.
Sejarah
Pembinaan Istana Kuning.
Istana Kuning dahulunya dikenali sebagai
Istana Kota Setar. Kemudiannya pada tahun 1904 Istana ini dikenali sebagai
Istana Pelamin. Di Istana ini lah menjadi saksi berlangsungnya upacara
perkahwinan secara gilang gemilang selama 90 hari 90 malam diantara putera
puteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Istana ini diisytiharkan sebagai Muzium
Diraja Negeri Kedah pada 25 Julai 1983 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Pada hari ini Istana ini dijadikan
Pejabat bagi Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK). Sememangnya masih banyak
lagi yang belum diketahui tentang sejarah Kesultanan Kedah dan kegemilangan
Empayar Islam Benua Siam Kedah yang pada dahulunya Empayar ini mempunyai 15
buah Istana di seluruh Negara Kedah seperti Istana Raja Iskandar Zulkarnain di
Pulau Tiga, Sungai Merbok dimana Istana ini dibakar dan abu nya di buang ke
dalam sungai dan Istana Kota Meng Kuang yang terletak di Mukim Wang Tepus, Kubang Pasu, Kedah. Semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas Syuhadah yang memperjuangkan Islam ketika zaman
kegemilangan Empayar Islam Benua Siam Kedah. Al -Fatihah
Tempat pertama pertandingan 3D Bangunan Warisan adalah POLIMAS dan saya adalah selaku presenter. Alhamdulillah.
LAMPIRAN:-
Subscribe to:
Posts (Atom)


























